UMNO Memang Parti Caca Merba

Bukanlah satu perkara yang perlu dikejutkan sangat apabila berlakunya pertelingkahan terbukadi antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dada-dada akhbar hari ini. Bahkan UMNO sebenarnya yang baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-62 hakikatnya sedang meniti usia emas dan telah melebihi 4 tahun usia pencen yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sewajarnya dalam usia seperti ini, UMNO menjadi parti yang matang dan berfikiran terbuka sesuai dengan usianya yang sudah pun meniti umur senja. Namun, kita melihat parti yang bernama UMNO ini semain lama semain meracau dan haru-biru.

 

Semenjak kekalahan mengejut di dalam pilihanraya umum yang lepas, demikianlah keadaan yang dialami oleh UMNO. Kehilangan separuh Semenanjung Malaysia menyebabkan mereka seolah-olah baru tersedar dari tidur. Ditambah pula dengan sikap jijik media massa yang saban hari meratibkan kehebatan UMBO/BN semasa kempen PRU malah jauh sebelum parlimen dibubarkan, mereka sudah mula berkempen. Segenap jentera kerajaan dimaksimumkan penggunaannya untuk meranapkan barisan pembangkang. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS dengan kelebihan satu kerusi meletakkan jentera UMNO/BN seolah-olah ‘dirasuk pelesit’ untuk merebahkan satu-satunya benteng kerajaan Islam di Malaysia. Bahkan, dijaja pula ke seluruh negeri akan kemunculan bakal menteri besar yang akan merajai negeri Kelantan selepas pilihanraya.

 

Sayangnya, impian UMNO/BN hancur berkecai. Mereka ditimpa kekalahan yang amat-amat mengejutkan mereka. Mereka telah mencipta rekod kalah teruk sebagaimana mereka mencipta rekod menang besar pada tahun 2004. Lantaran itulah, sebagai sebuah parti yang bertunjangkan projek dan habuan, kekalahan seperti ini sukar untuk mereka terima sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang sebelas pilihanraya yang lepas. PAS, parti yang selalu kalah setiap pilihanraya tidak pernah serik untuk terus bertanding. Malah pendokong PAS sekalipun kalah dalam pilihanraya, tidak pernah sekalipun mereka serik untuk terus berjuang.

 

UMNO tidak begitu. Kekuatan mereka kerana projek dan habuan kopi. Pendokong UMNO dari yang paling atas sehinggalah ke bawah sentiasa kenyang dengan projek. Dari peringkat atasan yang berbicara tentang habuan berjuta-juta hinggalah kepada habuan baja padi di peringkat kampung, itulah kekuatan UMNO. Lantas, bila mereka mengalami kekalahan yang tidak diduga, hilanglah sudah puji-pujian yang dilambung selama ini. Mulalah berlakunya tuduh menuduh antara satu sama lain. Rupa-rupanya itu sahaja kekuatan yang mereka gembar-gemburkan. Desakan demi desakan yang berlaku di pelbagai peringkat menggambarkan betapa celarunya mereka sekarang. Hampir lupa mereka barangkali untuk menyerang kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akibat terlalu sibuk mengasah parang untuk dilibas antara satu sama lain.

 

Dalam suasana itu, jelaslah parti UMNO sebagai sebuah parti caca merba. Bukan satu rahsia lagi betapa mereka sedang dilanda krisis dalaman yang cukup-cukup hebat. Satu persatu krisis yang berlaku di dalam UMNO termasuklah dengan keluarga ahli UMNO nombor satu. Tun Dr Mahathir membayangkan bahawa UMNO sedang menghadapi saat sakaratul mautnya. Maka, sepatutnya bersedialah untuk kita yang berada di luar mempersiapkan segala kelengkapan untuk menguruskan ‘kematian UMNO’ bermula dengan urusan pengebumian sehinggalah kepada urusan pembahagian harta pusaka.

 

Apa peliknya, bahkan Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud) :.  Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu Karena Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti. (Al-Hasyr, ayat 14)

 

01 Jun 2008

Penulis ialah KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS PASIR MAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: