Ada juga manusia seperti ini….

Pelbagai perasaan berkecamuk apabila membaca berita hari ini (13 April 2008). Kisah seorang budak lelaki berumur 10 tahun ditinggalkan berseorangan di rumah sewanya oleh si ibu hamper setahun lalu. Hidup terkontang-kanting keseorangan mengharapkan bantuan jiran untuk terus hidup…. Sudah hilangkah sifat perikemanusiaan seorang ibu..? Bagaimana si anak mahu teruskan hidup dalam kerinduan kepada si ibu yang sudah sekian lama tidak pulang..? Ikuti kisahnya…

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080412234115/Article/index_html

————-

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak, JH Yeap, 10, terpaksa hidup berdikari dengan tinggal seorang diri di rumah sewa di pangsapuri Feringgi Mutiara di sini, sejak lebih setahun lalu.

Nasib Yeap yang ditinggalkan ibunya di rumah sewa yang serba kekurangan di tingkat sembilan pangsapuri itu, ibarat kisah filem Hollywood, Home Alone.

Bagaimanapun, bezanya, watak kanak-kanak di dalam cerita itu lebih bernasib baik kerana tinggal di rumah yang serba lengkap dengan kelengkapan asas.

Yeap pula umpama ‘tikus’ yang tinggal bersama longgokan bahan buangan, antaranya pakaian tidak bercuci, longgokan akhbar lama, topi keledar, kotak kosong dan pelbagai lagi.

Serambi rumahnya pula dipenuhi najis burung merpati yang membuat sarang sekali gus menyebabkan rumah berkenaan berbau busuk.

Kediaman yang disewa tetapi dipercayai tertunggak beberapa bulan itu selepas ibu Yeap menghilangkan diri juga tidak mempunyai perabot seperti katil, kerusi dan meja.

Ini menyebabkan Yeap tidur di atas timbunan sampah dan keadaan itu berlarutan sejak setahun yang lalu. Sepanjang ditinggalkan ibunya yang didakwa bekerja di ibu negara, Yeap terpaksa bergantung hidup pada ehsan jiran tetangga untuk makan minum.

Yeap ketika ditemui berkata, ibunya akan memasukkan wang antara RM20 dan RM30 untuk perbelanjaan selama seminggu ke dalam akaun bank yang akan dikeluarkannya melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Biasanya, ibu akan telefon setiap dua minggu sekali,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya tapi Yeap mula dihimpit kebimbangan berikutan tidak menerima panggilan daripada ibunya sejak dua minggu lalu.

Yeap juga mengakui sudah lama ponteng sekolah walaupun sebelum ini turut belajar di sekolah aliran Cina yang terletak berhampiran rumahnya.

Katanya, dia begitu rindu dengan kelas dan teman sekolahnya tetapi akibat tiada dorongan, dia terpaksa ponteng sekolah.

Namun, katanya, nasib dirinya agak baik kerana mendapat perhatian daripada beberapa jiran yang sering membawanya pulang dan memberi makan minum.

“Saya kini tinggal bersama jiran. Mereka baik, mereka beri makanan dan minuman. Mereka banyak bantu saya,” katanya dengan nada sebak dan mengakui merindui ibunya.

Mengikut seorang jiran Yeap yang enggan dikenali, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan membuat lawatan ke rumah kanak-kanak itu hari ini selepas ada jiran yang bersimpati membuat aduan ke jabatan itu.

Katanya, keluarga Yeap tidak begitu dikenali penghuni pangsapuri berkenaan kerana tidak bergaul dengan mereka.

Berita Minggu difahamkan, ibu mangsa menghadapi masalah keluarga menyebabkan keadaan Yeap terabai sekian lama manakala identiti bapanya tidak diketahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: