Wajarkah Berpolitik di Masjid?

Seringkali terdengar pertikaian di antara jemaah masjid berikutan isi kandungan tenaga pengkuliah yang dikatakan menyentuh isu politik. Ditambah dengar bahang pilihanraya umum ke12 yang masih lagi terasa, sentimen politik kepartian ternyata masih menebal khususnya di kalangan rakyat Kelantan yang terkenal dengan budaya berpolitik yang hebat.Soalnya, wajarkah masjid digunakan sebagai pentas untuk menyuarakan pandangan politik?

Secara objektif, mari kita menilai peranan masjid di dalam Islam. Adakah masjid hanya sebagai lokasi untuk mengerjakan solat semata-mata? Atau lebih dari itu sebagai destinasi untuk lawatan sekiranya dibina dengan begitu hebat dan ditambah pula dengan lokasinya yang terletak dengan tengah pulau (sebagai contoh)? Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memaksimakan peranan masjid? Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Sesiapa yang mengunjungi masjid dalam keadaan tiada apa yang diingini melainkan untuk mempelajari sebarang kebaikan atau mengajarkannya, sebagaimana seorang mujahid di jalan Allah yang pulang dalam keadaan kaya raya (dengan harta rampasan). (Riwayat Malik).

Demikianlah besarnya kelebihan masjid yang dikunjungi untuk mempelajari ilmu atau menyebarkannya. Oleh yang demikian, masjid yang hanya digunakan untuk solat berjemaah semata-mata sebenarnya tidak menepati fungsi masjid yang sebenar. Lantas, apakah yang boleh dikatakan kepada masjid yang sunyi dari sebarang kuliah maghrib? Tidakkah wujud masjid yang besar dan cantik, tetapi tiada yang berada di dalamnya khususnya di antara maghrib dan isyak kerana ketiadaan majlis ilmu kecuali beberapa kerat golongan warga emas yang menunggu waktu dipanggil Allah?

Oleh yang demikian, masjid tidak dapat tidak perlu menjadi pusat penyebaran ilmu di kalangan masyarakat Islam. Persoalannya, isu yang bagaimana boleh disentuh? Kita menyatakan, bilakah pula Islam meletakkan batasan dan pemisahan terhadap ilmu sehinga ada isu-isu yang terkeluar dari pandangan Islam. Islam adalah satu cara hidup yan lengkap dan syumul. Setiap isu yang berlaku di tengah masyarakat perlu ditangani dengan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan Islam. Lantas, memisahkan Islam dan masjid dari isu politik tidak lebih dari satu usaha sekularisasi moden yang mula tumbuh melalui mimbar masjid!

Walaupun demikian, perlulah diingat bahawa masyarakat Malaysia terdiri dari ahli pelbagai parti politik termasuklah jemaah yang datang ke masjid. Menyebut nama parti politik secara langsung kadang-kadang boleh membina halangan di antara pengkuliah dengan pendengar yang akhirnya tidak akan menambah kebaikan melainkan menyebabkan si pendengar yang berlainan fahaman politik semakin lari dari masjid. Ditambah pula dengan sikap sesetengah pengkuliah yang gemar mengunakan perkataan-perkataan yang agak ‘pedas’ dan menyakitkan telinga membenihkan lagi rasa kebencian di kalangan jemaah. Oleh yang demikian, perlulah penerangan diberikan dari masa ke semasa menerusi bahasa yang berhemah dan berhikmah agar mesej yang ingin disampaikan berjaya juga diterima akhirnya.

-AHMAD FADHLI BIN SHAARI (12 APRIL 2008)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: