Kembalilah Kepada Hukum Allah…

Jenayah rogol dan bunuh yang berlaku ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan 5 di Jeli kelmarin (berita di sini)sepatutnya membuka mata banyak pihak terhadap perlunya undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan. Satu demi satu kes yang kia telah saksikan di hadapan mata setiap hari lebih daripada cukup untuk membuktikan bahawa telah hilangnya perikemanusiaan dari sanubari manusia mutakhir ini. Apabila satu-satu kes berlaku, banyaklah suara-suara yang berbunyi dan ia akan hilang ditelan masa. Pastinya ia akan berbunyi semula apabila berlakunya kes yang sama pada masa-masa akan datang.

Berlakunya kes-kes jenayah kejam seperti in biasanya akan diiringi oleh kenyataan pemimpin-pemimpin yang kononnya sedih dan bersimpati. Tidak lupa juga para aktivis kemanusiaan yang tidak lupa berkokok mencadangkan pelbagai undang-undang tidak masuk akal seprti sula dan kasi. Namun, biasanya akan tenggelamlah suara-suara ini beberapa lama kemudian.

Bayangkanglah apa perasaan keluarga yang terlibat. Ibubapa yang membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa anak kesayangan mereka tewas akibat sifat kebinatangan manusia. Hilang sudah hilai tawa yang sorak gembira anak-anak digantikan dengan sedu tangis mengiringi pemergian anak ke alam yang jauh. Lantas, tinggallah ahli keluarga menangis dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan. Kelmarin anak orang, entah-entah esok pula giliran kita? Semoga dijauhkan Allah.

Apakah puncanya? Tidak lain dan tidak bukan manusia sudah lupa kepada Allah SWT. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : ”Tidaklah berzina seseorang penzina dalam keadaan dia seorang mukmin, tidak akan meminum arak ketika seseorang itu mukmin, tidaklah mencuri seseorang itu dalam keadaan mukmin, tidaklah seseorang itu menceroboh hak orang lain yang menyebabkan mangsa melihat sahaja kepadanya ketika ia dalam keadaan mukmin..” (Bukhari, Muslim, Abu Daud,Tirmizi)

Jelas sekali Islam meletakkan asas kepada jenayah yang dilakukan oleh seseorang ialah tidak berimannya ia kepada Allah SWT. Bukankah iman itu satu pendinding daripada maksiat? Hari ni, bercakap soal iman dan akhirat menjadi satu perkara yang ganjil sekiranya dijadikan berita utama di akhbar-akhbar. Berapa keratkan manusia bernama pemimpin yang mengingatkan rakyat tentang akhirat. Asyik dengan koridor sana-sini, di mana pula koridor syurga? Di mana pula wasasan akhirat? Atau cukupkah dengan hanya membina masjid di tengah-tengah pulau lalu duduk berteleku mengharapkan diri dilantik lagi sebagai menteri besar?

Sekiranya ditanya kepada saya, tiada jawapan lain melainkan tegakkanlah undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT. Kalaulah setiap perogol dan penzina dihukum sebat atau rejam di tengah-tengah khlayak, yakinlah ia menjadi pencegahan kepada manusia yang lain daripada melakukan jenayah yang sama. Pada kepatuhan itu adanya keberkatan daripada Allah. Inilah yang seharusnya diimani. Cukuplah, kes Nurin Jazlin masih belum hilang parutnya, kes Sharlinie masih menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan lagi, berapa banyakkah lagi kes yang mahu kita lihat sebelum kita mahu sedar? Sedarlah wahai pemimpinku…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: