Bila Pak Lah dan Mahathir Bertempur….

Kini segala-galanya sudah jelas. Dua jeneral ini sebenarnya sudah lama tercedera. Tapi sekarang, pertempuran kamikaze telahpun diisytihar secara terbuka. Apabila Pak Lah memberikan kebenaran (atau mengarahkan?) BPR membuka apa-apa jua kertas siasatan terhadap Mahathir, tentunya ia satu amaran keras untuk jeneral tua agar tidak lagi bermimpi untuk terjun ke medan perang.

Apakah permainan seterusnya, kita akan sama-sama saksikan. Kedua-keduanya ini pastinya akan bertempur hingga ke akhir hayat. Pastinya salah seorang atau mungkin kedua-duanya akan terkorban. Apakah sudah tibanya saat kehancuran UMNO/BN? Sudah termakbulkah doa-doa pejuang-pejuang terdahulu yang telah dizalimi begitu lama oleh UMNO/BN? Doa-doa anak isteri mangsa Memali, hari ini sudahkah hampir dimakbulkan? Apa yang pasti, mata Allah tidak pernah lena dari melihat ketidakadilan yang berlaku. Tunggulah saatnya, si zalim pastinya akan menerima pembalasan!