Anugerah Filem Utusan Meloya 2008

Sebuah majalah hiburan bermaksiat terkenal, Utusan Meloya menobatkan filem “ADUN DAP MAIN SANDIWARA” sebagai filem terbaik pada hari ini malah meletakan tajuk filem tersebut di hadapan majalah mereka.

Link kepada review filem tersebut boleh didapati di sini.

Persoalannya, kenapa filem yang singkat ini dinobat sebagai filem terbaik pilihan Utusan Meloya? bagaimana pula dengan dua filem HIT keluaran Dacing Berat Sebelah Sdn Bhd “Tidak ku rela Kuasa ku terlepas ke tangan Sabu” lakonan aktor tak kacak bermisai tebal Shahidan Kassim dan “22 Penderhaka” yang menampilkan pelakon muda yang belum cukup pengalaman, Rosol Wahid disamping aktor terkemuka, Deris Jusoh d.e.r.h.a.k.a sebagai watak sampingan.

Sungguh pelik kenapa filem hebat arahan pengarah tersohor Abdullah Ahmad Badawi ini tidak mendapat tempat di hati Utusan Meloya? Tentu anda sendiri kagum melihat aksi pengarah filem ini yang mampu mengarah filem sambil menutup mata. (ZZZZZZ….)

Lakonan mantap Shahidan di dalam filem “Tidak ku rela Kuasaku terlepas ke tangan Sabu.” sepatutnya layak menobatkan beliau sebagai “Pelakon Lelaki Terbaik”. Kita lihat sendiri bagaimana usaha keras hero filem ini yang tidak rela pangkat yang dipegangnya selama ini terlepas ketangan orang lain. Sungguh pun bermati-matian beliau berjuang, akhirnya tersungkur jua.

Lihat pula “22 Penderhaka”. Aksi Rosol Wahid walau masih baru dalam dunia perfileman berjaya memukau penonton malah selayaknya beliau di anugerahkan “Pelakon Baru Terbaik”. Unsur-unsur emosional di dalam filem ini sungguh menusuk jiwa kalbu penulis.

Filem ini berkisar kegigihan 22 pembesar yang menentang Sultan kerana melantik Bendahara baru,Hang Ahmad sedang Bendahara yang banyak menabur bakti kepada 22 Pembesar ini, Hang Deris dilucut jawatannya oleh Sultan. Kerana sudah tidak ada lagi peluang untuk merompak harta rakyat, maka ketua mereka, Hang Rosol Yang Tidak Menerima Wahyu pun bangkit menentang Sultan yang Adil. Dengan berpandukan kitab “Kami Nak Idris Natang” maka bergeraklah 22 penderhaka ini ke Istana Sultan namun gagal menandingi kehebatan Silat Hang Ahmad. Umum mengetahui aktor Ahmad Said ini pernah memukau penonton dengan aksi garangnya dalam dalam filem “Ini Gila Datuk Yang Dipertua”.

Walaupun tidak banyak beraksi dalam filem ini, aksi Deris selaku Bendahara terlucut patut dipuji. Oh ya, terlupa pula mengucap tahniah kepada Deris kerana berjaya mengarahkan filem “Masa Depan Mu Terjamin” yang rata-ratanya ditonton oleh mereka yang berotak beku.

Apapun, syabas kepada pengarah Dollah kerana berjaya menghasilkan filem yang penuh makna disamping memberi pengajaran kepada rakyat agar kejarlah Pangkat dan Harta walau terpaksa menderhaka kepada Raja.

 Saya berharap majalah Utusan Meloya yang terkenal dengan artikel fitnah dan cerita gosip yang tidak bermoral dapat membuat penilaian semula terhadap filem ini kerana tema filem ini amat sesuai dengan Utusan Meloya sendiri.

 

2 Responses

  1. saudara, kalau x silap ini artikel yg saya buat di tko. tp x mengapalah. saudara boleh gak ambik sebagai hiburan.

  2. ops..maaf, saya terlupa letakkan link asalnya.. pohon maaf, apapun, artikel tu sungguh menghiburkan…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: