AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR : KEWAJIPAN MUKALLAF

Muqaddimah

Islam adalah satu agama yang lengkap dan sempurna. Keindahan dan kesumulan Islam adalah satu fakta yang sama sekali tidak boleh disangkal oleh sesiapa sekalipun. Tidak wujud satu agama yang boleh menandingi Islam dari sudut kesempurnaan dan keindahannya. Di dalam Islam, seseorang individu diwajibkan untuk menyempurnakan tuntutan-tuntutan yang difardhukan ke atasnya samada dari aspek hubungan dengan Allah, hubungan dengan diri sendiri atau hubungan dengan manusia. Di antara agenda utama yang terkandung di dalam hubungan dengan sesama manusia ialah amar makruf nahi munkar.

Dalil Naqli Daripada Al-Quran

Al-Quran sudah menggariskan dalil-dalil yang begitu banyak tentang kewajipan tugas ini kepada individu muslim. Antaranya :

  1. Surah Ali-Imran, ayat 104
  2. Surah Ali-Imran, ayat 110
  3. Surah Ali-Imran, ayat 114
  4. Surah Al-A’raf, ayat 157
  5. Surah At-Taubah, ayat 71
  6. Surah At-Taubah, ayat 112
  7. Surah Al-Hajj, ayat 41
  8. Surah Luqman, 17

Bagaimanakah Keadaan Masyarakat Islam Pada Hari Ini?

Keadaan masyarakat Islam sebenarnya berada di dalam situasi yang cukup getir pada hari ini. Dari aspek mana sekalipun, sebenarnya ancaman sedang berlaku secara serius terhadap kehidupan umat Islam sejagat.

Pelbagai gejala-gejala baru yang timbul membuktikan bahawa peperangan umat Islam pada hari ini baru setakat melawan diri sendiri, belum lagi mampu untuk melawan musuh ang lebih hebat lagi.

Umat Islam hari ini sebenarnya sangat lemah. Kelemahan ini dinilai dari pelbagai aspek :

  1. Lemah dari sudut aqidah
  2. Lemah dari sudut akhlak
  3. Lemah dari sudut ilmu
  4. Lemah dari sudut pengusaan ekonomi
  5. Lemah dari sudut ketenteraan
  6. Lemah dari sudut politik

Apa Yang Harus Dilakukan Oleh Seorang Individu Muslim Yang Mempunyai Kesedaran?

Kesedaran sebenarnya sedang menuju ke kemuncak sejak akhir-akhir ini. Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah SAW apabila menjanjikan bahawa tidak akan sunyi dunia ini walaupun sesaat dari kehadiran jemaah yang menyusun langkah dan rencana untuk meneruskan agenda perjuangan Islam.

Namun, kadang-kadang kesedaran yang timbul tidak berjaya untuk dibentuk dan dikekalkan. Ia muncul dalam bentuk semangat yang hanya berkobar-kobar buat sementara lantas hilang ditelan oleh masa. Ia tidak disusun di dalam bentuk pelaksanaan yang terancang dan penuh strategi. Lantaran itu, individu-individu yang mempunyai kesedaran yang tinggi seharusnya :

1. Berusaha untuk mengekalkan kesedaran dan semangat yang ada setiap masa bagi menguatkan tekad dan keyakinan.

2. Berusaha untuk menggandakan usaha menuntut ilmu kerana ia akan menjadi bekal yang cukup berharga di dalam perjalanan seorang pejuang.

3. Bertindak menyusun gerakan individu-individu yang mempunyai kesedaran ini supaya dapat bersatu di bawah satu payung perjuangan mengikut suasana setempat. Seandainya telah wujud penyatuan, maka setiap individu perlu berusaha menggabungkan diri atau sekurang-kurangnya memberikan sokongan.

4. Sentiasa istiqomah di dalam melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar. Ini kerana setiap usaha seperti ini pastinya mendapat tentangan dari mereka yang tidak mahu melihat gemerlapan cahaya Islam.

Penutup

Semoga generasi yang telah dibentuk dan diasuh pada masa kini mampu untuk merealisasikan cita-cita perjuangan berasaskan semangat amar makruf nahi munkar.

Sesungguhnya cahaya Allah tidak akan padam sekalipun seluruh manusia berusaha untuk memadamkannya.

JKR405

28 Mei 2003

Ahmad Fadhli bin Shaari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: