Keterlibatan Wanita Dalam Serangan Berani Mati : Apa Pandangan Islam?

Apabila seorang pelajar perempuan jurusan sastera berumur 19 tahun meletupkan dirinya dalam satu serangan berani mati pada 20 Mei lalu, beberapa  persoalan mula timbul, bolehkah wanita melibatkan dirinya dalam serangan berani mati seperti ini? Bagaimana seandainya dia tidak mendapat kebenaran daripada walinya untuk berbuat demikian, haruskah perbuatannya itu? Dan bagaimana hukumnya apabila dia terpaksa mendedahkan sebahagian auratnya apabila ingin melakukan serangan sebagai salah satu teknik penyamaran agar dirinya tidak disyaki lalu memudahkan rancangan melakukan serangan?

Menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan para ulama telah bersepakat bahawa apabila musuh memasuki salah satu negeri daripada negeri-negeri orang Islam, jihad menjadi fardhu ain kepada setiap individu Islam yang berada di dalam negeri tersebut. Dalam masa sedemikian, seorang muslimah dibenarkan untuk keluar berjihad walaupun tanpa keizinan suaminya dan seorang anak dibenarkan untuk keluar berjihad walaupun tanpa izin kedua ibubapanya. Oleh yang demikian, keterlibatan seorang muslimah dalam serangan berani mati seperti yang dilaporkan di Palestin adalah satu amalan yang mulia selepas tanah airnya dijajah dan dimasuki secara haram oleh gerombolan yahudi dan zionis. Berikutan dengan itu, kematian wanita terbabit (seandainya amalannya adalah ikhlas untuk memerangi musuh Allah) dikira sebagai kematian seorang syuhada’ di jalan Allah.

Amalan para muslimah seperti itu ialah amal syar’ie yang diperakui oleh agama, diberkati dan digalakkan oleh Allah SWT kerana ia mampu untuk menakutkan musuh Allah dan musuh umat Islam iaitu Yahudi. Di dalam satu hadis disebut : “Sesungguhnya wanita ialah pelengkap kepada lelaki..” Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman (yang bermaksud) : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71).

Ayat dan hadis di atas menunjukkan bahawa golongan muslimat seharusnya berada di samping kaum muslimin dalam melaksanakan kewajipan dan kefardhuan agama ang berbentuk kemasyarakatan seperti amar makruf nahi munkar, dan juga kefardhuan agama yang lain seperti solat, zakat dan sebagainya. Ini ialah satu prasyarat bagi membolehkan sesebuah masyarakat mendapat rahmat oleh Allah SWT.

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menjawab doa-doa hambaNya : (Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”. – Surah Ali Imran, ayat 195.

Ayat di atas sekali lagi menjelaskan bahawa Allah SWT tidak membeza-bezakan penerimaan amalan samada lelaki ataupun perempuan, kemudian dikuatkan lagi dengan penegasan bahawa lelaki dan perempuan saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, sesungguhnya lelaki dan perempuan saling menyempurnakan dan tidak akan lengkap salah satu darinya tanpa yang lain.

Ayat ini juga menegaskan jenis-jenis amalan yang tidak mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan antaranya ialah jihad di jalan Allah samada membunuh ataupun dibunuh, lelaki dan perempuan pasti akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Di dalam sahih Bukhari dinyatakan di dalam bab “Kelebihan Berperang Di Lait” mengenai usaha yang dilakukan oleh Ummahatul Mukminin dan para sahabiah dalam merintis usaha jihad. Ini disebut dalam satu hadis yang diriwaatkan oleh Anas bin Malik : Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit. Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala. Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka. Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka. Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia. (Hadis ini turut dinukilkan oleh semua sembilan imam hadis utama di dalam sahih mereka).

Perhatikanlah bagaimana kesungguhan golongan muslimah untuk berjihad hinggasanggup merempuhi lautan dan lihatlah pula bagaimana galakan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap hasrat yang disuarakan oleh Ummu Haram itu. Seandainya golongan muslimah tidak dibenarkan turut serta dalam peperangan, mana mungkin galakan diberikan sedemikian rupa oleh Rasulullah SAW!

Para ulama juga sepakat untuk menyatakan bahawa jihad bagi mempertahankan negara Islam yang diserang dan dijajah oleh kuffar (jihad ad-daf’ie) adalah jihad yang wajib disertai oleh semua individu muslim yang berada di dalam negara tersebut. Pada masa tersebut, seorang isteri boleh keluar berjihad mempertahankan negara walaupun tanpa izin suami atau walinya. Ia sama sekali berbeza dengan jihad memerangi musuh di negara mereka sendiri dengan tujuan menyebarkan Islam dan menyelamatkan saudara seislam mereka di negara musuh tersebut (jihad at-tholabi). Ketika itu, seorang muslimah tidak boleh keluar berjihad melainkan dengan kebenaran suami atau walinya.

Oleh yang demikian, apabila berbicara tentang serangan berani mati yang dilakukan oleh golongan muslimah di Palestin, ia adalah satu amalan jihad yang mulia bagi mempertahankan dan merebut kembali tanah mereka yang dijajah secara haram oleh entiti haram Israel. Di dalam pembahagian kategori jihad di atas, jihad umat Islam di Palestin termasuk di dalam kategori yang pertama iaitu jihad ad-daf’ie.

Di dalam masalah membuka aurat semata-mata untuk melaksanakan serangan tersebut, ia dikira sebagai harus memandangkan keadaan dharurat yang memerlukan dirinya berbuat demikian. Seandainya dia berpakaian menutup aurat sebagaimana biasa di tengah-tengah masyarakat awam Yahudi, tentu dirinya akan disyaki lebih awal. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT (yang bermaksud) : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah, 173)

Manakala di antara kaedah-kaedah usul fiqh ialah sesuatu perkara haram kerana zatnya diharuskan apabila berdepan dengan dharurat, manakala sesuatu perkara yang haram kerana menutup pintu ke arah perkara haram yang lain (sadduz-zarai’k) diharuskan apabila benar-benar berhajat yang dikira juga sebagai dharurat.

Dalam erti kata lain larangan membuka aurat dan tudung ialah daripada perkara yang haram kerana menutup pintu ke arah perkara haram yang lan iaitu zina yang mana zina ialah perkara yang diharamkan kerana zatnya. Oleh kerana itulah, para ulama bersepakat untuk menyatakan bahawa seorang muslimah diharuskan mendedahkan aurat apabila ingin mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki. Oleh yang demikian, apatah lagi kepada seorang muslimah yang terpaksa mendedahkan auratnya untuk melakukan teknik penyamaran bagi mengelirukan musuh. Seandainya seorang pesakit diharuskan mendedahkan aurat untuk kepentingan dirinya sendiri, maka bagaimana dengan seorang muslimah yang mendedahkan aurat demi kepentingan Islam dan perjuangannya?

Itulah di antara kandungan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan dengan serangan berani mati yang dilakukan oleh pejuang muslimah.

Dipetik dari : www.islamonline.net atau terus ke alamat :

http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=68372

Terjemah dan suntingan oleh :

Ahmad Fadhli bin Shaari

23 Mei 2003

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: