Posted on 29/11/2008 by ahmadfadhli
Sepuluh hari yang pertama di bulam Zulhijjah jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang sangat besar kemuliannya berbanding dengan masa-masa yang lain. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Fajr, ayat 1-3 :
وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
yang bermaksud : Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang [...]
Filed under: tazkirah | Leave a Comment »
Posted on 29/11/2008 by ahmadfadhli
Filed under: Foto | 1 Comment »
Posted on 24/11/2008 by ahmadfadhli
Sumber : http://tamanulama.blogspot.com
Setelah lengkap berpakaian, pada tengah hari Jumaat, 24 November 1989, Abdullah Azzam bersama 2 orang anaknya, Muhammad dan Ibrahim melangkah keluar dari rumahnya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sab’ul lail di Pakistan.
Mereka menggunakan kenderaan untuk ke masjid tersebut. Perjalanan ke masjid dari rumah beliau tidaklah jauh. Hanya kira-kira 10 minit menaiki kenderaan. [...]
Filed under: Isu Semasa | 1 Comment »
Posted on 22/11/2008 by ahmadfadhli
Di tengah-tengah konflik politik yang memuncak selepas pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac yang lalu, kita menyaksikan bagaimana idea Islam Hadhari sudah mula ditinggalkan khususnya oleh pimpinan negara. Tidak lagi kedengaran berdegar-degar di sana sini penghayatan Islam Hadhari sebagaimana ketika ia mula diperkenalkan dahulu. Jika dahulu, agensi-agensi kerajaan berlumba-lumba mereka-reka slogan dan merangka [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 17/11/2008 by ahmadfadhli
Sederhana di dalam berdakwah merupakan satu tuntutan penting kepada setiap yang bergelar da’ie. Ia amat berperanan di dalam menjaga kelansungan dakwah dan seterusnya memelihara keamanan masyarakat muslim. Bahkan Islam sendiri meletakkan tiga garis utama di dalam penyampaian dakwah iaitu hikmah, peringatan yang baik dan perdebatan yang tidak melampau. Jika ditinjau melalui sunah juga akan kita [...]
Filed under: Ilmiah | 4 Comments »
Posted on 13/11/2008 by ahmadfadhli
Hari ini Berita Harian melaporkan kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut yang mendedahkan kes ibu tunggal yang terpaksa melacur demi menyara anak-anak. Pendedahan yang dibuat di Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke-10 di UIAM itu sepatutnya mengejutkan kita dari tidur dan menyedari segera bahawa masyarakat sudah berada di dalam keadaan [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 11/11/2008 by ahmadfadhli
Jika kelmarin posting saya berkaitan dengan pendorong ke neraka, hari ini marilah pula merenungi nas-nas daripada al-Quran dan Hadis yang menyatakan amalan-amalan yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga. Hakikatnya, jalan ke syurga sebenarnya jauh lebih luas daripada lorong-lorong ke neraka. Apa yang disenaraikan ini hanyalah sebahagian kecil dari lautan luas rahmat Allah SWT kepada [...]
Filed under: Ilmiah, tazkirah | Leave a Comment »
Posted on 11/11/2008 by ahmadfadhli
Semalam bila pulang ke kampung, ibu saya menghulurkan sekeping sampul surat. Katanya, ”Ada cd di dalam”. Ternyata ia merupakan surat dari ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali (atau dari pihaknya). Entah dari mana alamat saya diperolehi, Allah jualah yang mengetahui. Di dalamnya mengandungi kenyataan beliau mengenai pendiriannya terhadap PAS dan VCD Debat di [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 09/11/2008 by ahmadfadhli
Allah SWT mengingatkan mengenai kejayaan sebenar seorang hamba iaitu apabila ia telah selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ (185)
Yang bermaksud : 185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan [...]
Filed under: Ilmiah, tazkirah | Leave a Comment »
Posted on 05/11/2008 by ahmadfadhli
Hari ini terpampang di dada akhbar bagaimana kekesalan yang dialami oleh bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dari dewan sewaktu penggulungan bajet 2009 di parlimen semalam. Menurut Najib, (rujuk di sini) tindakan pembangkang itu ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan tersebut tidak menunggu masa yang panjang [...]
Filed under: Isu Semasa, politik | Leave a Comment »