Posted on 31/07/2008 by ahmadfadhli
Untuk pelbagai urusan.. bermula dengan urusan parti seterusnya peribadi, Rehlah Mahabbah DPPNK 2008 membawa saya ke Pulau Pangkor Perak, jadual seterusnya ialah pertemuan dengan Menteri Besar Perak. Saya juga mempunyai beberapa undangan ceramah sepanjang 3 hari berada di bumi Datuk Maharaja Lela ini…
Filed under: Peribadi | 1 Comment »
Posted on 28/07/2008 by ahmadfadhli
Dalam kesibukan dan belenggu masalah peribadi yang mencengkam, saya cuba untuk menulis sedikit mengenai perkembangan semasa sebagai satu ulasan dan pandangan di tengah-tengah gelombang badai politik yang agak kuat kebelakangan ini….
Cadangan dari YAB Tuan Guru Nik Aziz mudah sahaja. Tidak perlu kepada pemerhatian yang mendalam dan tidak berhajat kepada penyelidikan terperinci, mudah difahami tanpa lenggok [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 25/07/2008 by ahmadfadhli
Hari ini sekali lagi saya diminta memberikan kuliah pagi jumaat di Medan Ilmu. Nampaknye kre-krew Kelantan TV bekerja macam kilat… penuh komitmen rupanya sebelah petang dah ada dalam arkib KTV..
http://www.arkibkelantan.pas.org.my/kj/kj250708a.wmv
Filed under: Peribadi | Leave a Comment »
Posted on 22/07/2008 by ahmadfadhli
Dalam kemelut kecil yang membadai pada hari ini, tentunya boleh sahaja menjadikan ikatan sesama kita pun boleh terlerai. Apatah lagi kalau pertelingkahan peribadi yang telah berlanjutan lama dibawa bersama arus sentimen dalam membicarakan hal ini, lebih-lebih lagilah ia boleh membara dengan marak. Isu yang berlaku pada hari ini jika tidak dikendalikan dengan baik bisa membawa [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 20/07/2008 by ahmadfadhli
Kalimah muzakarah kembali menguasai media massa hari ini. Nampaknya kali ini mungkin ia akan menjadi kenyataan. Selepas beberapa siri lirikan mata antara PAS-UMNO, proses ke arah muzakarah yang pada mulanya mungkin dianggap sebagai cerita dongengan dan penglipur lara kini seolah-olah mula menjadi realiti.
Muzakarah atau apa jua jenis perbincangan sekalipun tidaklah dihalang di dalam Islam. Di [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 15/07/2008 by ahmadfadhli
Baru berlangsung sekejap tadi Debat anjuran Agendadaily.Com di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Chik. Debat yang bertajuk Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak itu saya yakin ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia yang mungkin rindukan kehadiran wajah Anwar di kaca televisyen setelah 10 tahun berada di luar kerajaan.
Apapun natijah [...]
Filed under: Isu Semasa, Ulasan | Leave a Comment »
Posted on 15/07/2008 by ahmadfadhli
Pengenalan Ringkas Pengarang
Beliau ialah Sayyid Muhammad bin Ismail bin Solah al-Amir al-Kahlani al-Son’ani. Beliau dilahirkan pada 1050H di Kahlan kemudian berpindah bersama bapanya ke bandar Son’a` iaitu ibu negeri Yaman. Di sana beliau mempelajari hadith daripada ulama Yaman. Seterusnya beliau bermusafir ke Mekah dan Madinah untuk mempelajari hadith daripada ulama-ulama di sana. Sikap beliau [...]
Filed under: Ilmiah | Leave a Comment »
Posted on 12/07/2008 by ahmadfadhli
Nampaknya media massa milik kerajaan UMNO/BN masih belum puas memainkan pelbagai isu dalam usaha meretakkan hubungan Pakatan Rakyat. Lebih jauh dari itu, untuk menghakis kepercayaan rakyat yang telah memberikan undi yang besar kepada lawan Barisan Nasional.
Terkini, apabila isu Perjanjian Pangkor II dimainkan dengan begitu hebat oleh media-media massa semakin memperlihatkan kerakusan UMNO/BN untuk sehabis mungkin [...]
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 11/07/2008 by ahmadfadhli
NIK AZIZ SEBAGAI PM?
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on 11/07/2008 by ahmadfadhli
Segala puji bagi Allah yang mendatangkan ujian kemudiannya memberikan penyelesaian. Dalam kepayahan ada nikmat, dalam ujian ada rahmat. Mujiburrahman sudah semakin kebah dari demam panas, cuma masih ditahan di dalam wad untuk pemantauan lanjut. Senyuman tak lekang dari bibir bakal pejuang menandakan tekad untuk sembuh meneruskan perjuangan di medan sebenar. Allahuakbar.
Update 12 Julai 2008 [...]
Filed under: Peribadi | 1 Comment »